Saturday, 7 January 2012

THE TWO OF YOU

EPISODE 3 : I LIKE YOU THE BEST

“Ji Eun, miane.. Saya lambat. Awak dah tunggu lama??” tanya Jun Hyung.
“Gwaenchanh-ayo.. Saya pun baru sampai..” jawab Ji Eun sambil matanya mencari sesuatu..
“Du Jun mana? Bukan dia dengan awak ke?” sambung Ji Eun.
“Owh. Dia kata dia tak jadi ikut kita sebab perut dia tiba2 sakit.” kata Jun Hyung.

Ji Eun dan Jun Hyung sudah seminggu bersama tetapi Jun Hyung masih lagi tidak mengetahui perasaan sebenar Ji Eun terhadap Du Jun.
Jun Hyung memandang Ji Eun lalu berkata, "Ji Eun, awak tau kan? "

Ji Eun : Tau apa?
Jun Hyung : Saya sayang awak..
Ji Eun : Emm..awak dah cakap banyak kali lah.. heheh

Jun Hyung senyum. Sambil melihat Ji Eun dia memikirkan sesuatu...
"Ji Eun, awak tak pernah cakap yang awak suke atau sayang kan saya selama kita kapel ni..mungkin awak tak perasan tapi saya sedar semua tu."
Jun Hyung hanya memendamkan perasaan itu.

                         ***
"Cari bunga apa ye?" tanya tuan kedai bunga itu.
"Errr..emm bunga ros putih ada?" jawab Jun Hyung.
"Ada..nanti ye saya ambil kan.."

Jun Hyung telah merancang sesuatu untuk memberi kejutan buat Ji Eun. Hari ini Ji Eun menyambut hari lahir nya yang ke-17 tahun. Jun Hyung ingin membawa nya makan malam bersama.

::Rumah Ji Eun::
"Camne? Dapat tak dekat dengan Du Jun ??" tanya Hyo Sung.
"Wey..masuk lah dulu.pelik lah cakap pasal hal ni kat depan pintu rumah.." kata Ji Eun
"Alaa..aku nak cepat ni. Saja nak tau perkembangan semasa kau hahaha "

Jun Hyung meghampiri rumah Ji Eun dan terdengar perbualan mereka.
"Aku, belum dapat curi hati dia lagi lah.. lagi pun keadaan aku sekarang ni susah. Jun Hyung selalu dengan aku, so aku tak boleh nak tunjuk sangat yang aku suka kat orang lain depan dia. " kata Ji Eun.
"Sampai bila kau nak pura2 ni..lambat sangat lah. Entah2 kau dah mula suka kat Jun Hyung tu kot ?"
"Eh..mana ada. Kau ni.." nafi Ji Eun.
"Yelah. Aku pergi dulu nanti lambat pulak. Bye ! " kata Hyo Sung.

Jun Hyung sembunyi. Ji Eun mula masuk ke rumah nya. Hyo Sung pula telah pergi dari situ. Jun Hyung terdiam, dia memegang erat bunga yang di beli nya tadi.
"Ting Tong ~ "
Baru sahaja Ji Eun hendak memasuki ruang tamu nya, loceng rumah tiba2 berbunyi.
"Hyo Sung tertinggal sesuatu ke?" tanya Ji Eun sendirian. Tanpa membuang masa, dia pergi membuka pintu rumahnya.
"Eh? Jun Hyung? Kenapa awak ada kat sini? " tanya Ji Eun pelik.
Jun Hyung yang hanya memandang ke bawah megalih kan pandangan nya ke arah Ji Eun.
"Happy birthday " kata Jun Hyung sambil menghulurkan 17 kuntum bunga ros putih dan tersenyum.
Ji Eun terkejut, "Terima kasih ! Saya ingat awak lupa..heheh"
"Tak mungkin saya lupa. Awak kan..emm.girlfriend saya. Saya kan..err..sayang awak. " kata Jun Hyung putus2 sambil memandang ke bawah. "Saya cuma nak tengok awak gembira je. Saya nak awak ingat, saya akan gembira bila awak gembira. Jadi tak payah paksa diri awak untuk lakukan sesuatu yang awak tak suka. Saya terima apa saja keputusan awak.Sebab saya paling sayang awak.."

Ji Eun mula berasa pelik. Jun Hyung sambung lagi. "Maaf tapi saya ada kerja kena buat, jadi lain kali saya belanja awak makan malam ye? Saya pergi dulu.." Belum sempat Ji Eun berkata sesuatu, Jun Hyung terus meninggalkan nya. Tiba2 Ji Eun teringat perbualan dia bersama Hyo Sung tadi.
"Alamak ! Dia dengar ke? " bisik Ji Eun sendirian.


Tuesday, 3 January 2012

THE TWO OF YOU


EPISODE 2 : THE FACT

“Aku tak faham lah !!” jerit Ji Eun.
“Apa yang kau tak faham. Dah jelas2 kat situ dia cakap Jun Hyung suka kat kau..” kata Hyo Sung, rakan Ji Eun.
“Aku rasa Du Jun tu saja nak mainkan aku. Si Jun Hyung tak cakap apa2 pun. Peninglah.. baik aku pergi tandas..”
“Hehehe aku rasa Jun Hyung betul2 suka kat kau la..terima je lah. Bukan teruk pun jadi girlfriend budak paling bermasalah dalam sekolah ni..hahaha”

Ji Eun tidak mempedulikan kata2 rakannya itu sebaliknya terus keluar kelas untuk pergi ke tandas. Malangnya, dia terserempak dengan Jun Hyung yang kebetulan lalu di situ.

Jun Hyung: Ermm..ha..hai.
Ji Eun         : …… (pandang ke bawah)
Jun Hyung: Semalam..emm..yang Du jun cakap tu..
Ji Eun         : Saya dah lupa pun. Saya ada hal, pergi dulu. (beredar dari situ)

“Nanti !! Er..sebenarnya apa yang Du Jun cakap tu betul..emm, boleh awak pertimbangkan nya dulu?? Saya..betul2 su..su.. suka kat awak.” kata Jun Hyung sebelum Ji Eun sempat pergi dari situ.

Ji Eun cuma mendiamkan diri. “Nanti saya fikirkan.” balasnya dan terus beredar dari situ.
Jun Hyung terpaku. Dia fikir Ji Eun akan menolaknya begitu saja.
“Yes !” bisik nya sendirian.
 
                          ***
::Rumah Ji Eun::

“Kenapalah semua ni terjadi..nak kan Du Jun kawan dia pula yang dapat. Kusut kepala nak fikir camne nak tolak dia.” Ji Eun bercakap sendirian. Tiba2 handphone nya berbunyi.
“Hyo Sung calling…..”

Ji Eun        : Annyeong..
Hyo Sung : Annyeong ! Ji Eun, aku dah tau camne nak selesai kan masalah kau!!

::Keesokan pagi ::

“Ok..aku memang pelik duduk kat sini semata2 nak tengok dorang ni..” bisik Du Jun sendirian. Du Jun sedang bersembunyi di belakang bangunan semata2 ingin mengetahui jawapan Ji Eun kepada Jun Hyung.

“Errr..awak panggil saya ke sini dah ada jawapan ke?” tanya Jun Hyung lembut.
“Yup.. Saya boleh jadi girlfriend awak..” jawab Ji Eun bersahaja.
“ ?? “ Jun Hyung terkejut.
“Apa?! Cinta Jun Hyung diterima untuk pertama kali nya dengan gadis cantik macam awak pula tu !!” jerit Du Jun sambil menunjukkan diri..
 
Ji Eun terkejut apabila melihat Du Jun muncul secara tiba2. Sambil tersenyum Ji Eun berkata “Inilah kenyataannya..jumpa nanti.” Ji Eun pun terus beredar..

“Wow !! Hebatlah kau Jun Hyung.. Akhirnya ada juga kawan aku ni girlfriend.. hahaha” kata Du Jun keriangan.
Jun Hyung seperti patung. Tidak berkelip mata, tidak bergerak. Inilah kali pertama cintanya dibalas. Rasa gembira yang teramat sangat mula mengusai dirinya.
“Jom lah..aku belnja kau makan sebab dah kapel kan..hahah “usik Du Jun..

~
“Tak apa ke kalau aku buat macam ni ??” tanya Ji Eun risau.
“Tak apa.. Kau kata nak dekat dengan Du Jun. Kalau kau kapel dengan kawan baik sehidup semati dia tu mesti kau boleh jumpe Du Jun hari2. Senanglah kerja kau nak ambik hati Du Jun lepas ni..” jelas Hyo Sung.
Ji Eun terima Jun Hyung hanyalah lakonan semata2. Tujuan utamanya adalah untuk mendekati Du Jun..

::Bilik Du Jun::

Du Jun sedang membelek2 majalah bola sepak miliknya.
“Emm.. Du Jun. Kenapa kau lambat sangat..akhirnya kau apa pun tak dapat..  Ji Eun sekarang milik Jun Hyung. Tak kan lah aku nak rampas pula..hahaha merepek.. ” kata hati kecil Du Jun.

Pada masa yang sama, Du Jun juga menyimpan perasaan terhadap Ji Eun. Hal ini tidak diketahui oleh Jun Hyung kerana Du Jun tidak pernah bercerita tentangnya kepada Jun Hyung..

Monday, 2 January 2012

THE TWO OF YOU


 EPISODE 1 : SHOCK

Pintu tiba2 terbuka dan kedengaran suara budak perempuan menjerit dengan nada yang gembira.
“Junnie !!  Jom main sama2..saya bawa mainan baru.” jerit  Ji Eun sambil berlari masuk ke arah Junnie
“Eh?  Ji Eun.. Junnie tengah tidurlah..” jawab ibu Junnie yang berada di situ.
                “Oh..tak apalah saya tunggu dia bangun.” kata Ji Eun sambil merenung Junnie yang sedang tidur  di atas katil pesakit itu.

                                             ***
“Hey..hey Ji Eun!!” suara itu telah mengejutkan Ji Eun dari lamunan nya.
“Kau berangan lagi ye? Dahlah berangan sambil tenung budak tu..hehe”
“Eh ! Mana ada.. Aku cuma teringat kat kawan baik aku masa kecil dulu. Agak nya macam mana dia sekarang ni. Hidup ke mati ke aku tak tau.” kata Ji Eun.
‘Ye lah tu..cakap je la minat kat Du Jun  heheh“
“Suka hati kau lah nak cakap apa.. “ balas Ji Eun.

Junnie ialah kawan baik Ji Eun ketika kecil. Oleh kerana Junnie menghidap penyakit lemah jantung, Junnie selalu dimasukkan ke hospital dan Ji Eun menjadi temannya di sana. Sehinggalah keluarga Ji Eun terpaksa berpindah, Ji Eun terus putus hubungan dengan Junnie yang akan menjalani pembedahan.

Ji Eun kembali melihat seorang lelaki yang sedang asyik bermain bola sepak di padang sekolahnya.
“ Du Jun, Du Jun..kenapalah kau tak mewakili sekolah dalam bola sepak. Main dah terer, peminat dah ramai.. Entah kenapa aku rasa nak berkawan dengan kau.” bisik Ji Eun sendirian.

Du Jun ialah pelajar tahun3 kelas 2. Kebolehannya main bola sepak dengan baik tapi tidak pernah menyertai sebarang pertandingan atau mewakili sekolah. Dia menjadi terkenal di sekolah dengan sikapnya yang peramah dan kelakar. Ji Eun juga meminatinya secara senyap dan mengharap Du Jun  akan berkawan dengannya.

Tiba2 Ji Eun merasakan dirinya dipandang.
“Du Jun?” bisik hati kecil nya.
Pada masa yang sama, Du Jun berjalan menghampiri Ji Eun.
“Hai. Nama awak Ji Eun kan??” kata Du Jun secara tiba2.

Ji Eun terkejut lalu berkata “Emm, ha’ah. Tapi mana awak tau?”
“Betul ke Du Jun tengah berdiri depan aku ni? Dia tau nama aku? Waahhh !! “ jerit hati Ji eun.
“Oh.. Jadi ni lah dia orang yang Jun Hyung suka tu. Boleh tahan heheh” sambung Du Jun.
“Hah? Jun Hyung??” Ji Eun kehairanan..

“Du Jun !! Kau buat apa ni?! “ tiba2 suara itu kedengaran .
Seorang lelaki sedang berlari ke arah Du Jun.
Jun Hyung ialah kawan baik Du Jun. Perwatakan mereka sangat berbeza. Ramai pelajar membuat kesimpulan bahawa Jun Hyung seorang pelajar yang bermasalah dan tak ada perasaan.

“Du Jun. Jom kita pergi sekarang..” kata Jun Hyung.
“Eh. Tapi aku baru nak berkenalan dengan orang yang kau dah admire lama ni.. hehehe”
 Ji Eun terdiam. Tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Dia masih lagi tidak faham..
“Urmm, maafkan saya. Saya pergi dulu ye? “ kata Ji Eun sambil mula melangkah kaki nya.

“Nanti2 !! Ji Eun.. Jun Hyung suka kan awak. Dia nak awak jadi girlfriend dia !!” kata Du Jun terus.
“Kau ni kenapa ?!” marah Jun Hyung.
“Dia ni pemalu, dah lama dia nak cakap kat awak tapi tak kesampaian..ni saya cakap kan.. hehe” sambung Du Jun lagi tanpa menghiraukan Jun Hyung.

Ji Eun terus melangkahkan kaki nya tanpa memandang ke belakang dan tidak memberikan apa2 respon.

“Eh..dia tak peduli. Maksudnya dia reject kau ke?” tanya Du Jun.
Jun Hyung memerhatikan Ji Eun yang semakin menghilang dari pandangannya. Hilang saja Ji Eun dari pandangannya  dia terus merenung Du Jun dengan pandangan yang marah lalu membelitkan tangannya ke leher Du Jun.
“Kau lah ni !! Kan dia dah bencikan aku !!” marah Jun Hyung.
“Wooo..sory2.. lepaskan tangan kau dulu..mati aku nanti tak ada ganti tau. Nak buat camne, memang pelajar sekolah ni takut kat kau haha” gurau Du Jun.