Monday, 2 January 2012

THE TWO OF YOU


 EPISODE 1 : SHOCK

Pintu tiba2 terbuka dan kedengaran suara budak perempuan menjerit dengan nada yang gembira.
“Junnie !!  Jom main sama2..saya bawa mainan baru.” jerit  Ji Eun sambil berlari masuk ke arah Junnie
“Eh?  Ji Eun.. Junnie tengah tidurlah..” jawab ibu Junnie yang berada di situ.
                “Oh..tak apalah saya tunggu dia bangun.” kata Ji Eun sambil merenung Junnie yang sedang tidur  di atas katil pesakit itu.

                                             ***
“Hey..hey Ji Eun!!” suara itu telah mengejutkan Ji Eun dari lamunan nya.
“Kau berangan lagi ye? Dahlah berangan sambil tenung budak tu..hehe”
“Eh ! Mana ada.. Aku cuma teringat kat kawan baik aku masa kecil dulu. Agak nya macam mana dia sekarang ni. Hidup ke mati ke aku tak tau.” kata Ji Eun.
‘Ye lah tu..cakap je la minat kat Du Jun  heheh“
“Suka hati kau lah nak cakap apa.. “ balas Ji Eun.

Junnie ialah kawan baik Ji Eun ketika kecil. Oleh kerana Junnie menghidap penyakit lemah jantung, Junnie selalu dimasukkan ke hospital dan Ji Eun menjadi temannya di sana. Sehinggalah keluarga Ji Eun terpaksa berpindah, Ji Eun terus putus hubungan dengan Junnie yang akan menjalani pembedahan.

Ji Eun kembali melihat seorang lelaki yang sedang asyik bermain bola sepak di padang sekolahnya.
“ Du Jun, Du Jun..kenapalah kau tak mewakili sekolah dalam bola sepak. Main dah terer, peminat dah ramai.. Entah kenapa aku rasa nak berkawan dengan kau.” bisik Ji Eun sendirian.

Du Jun ialah pelajar tahun3 kelas 2. Kebolehannya main bola sepak dengan baik tapi tidak pernah menyertai sebarang pertandingan atau mewakili sekolah. Dia menjadi terkenal di sekolah dengan sikapnya yang peramah dan kelakar. Ji Eun juga meminatinya secara senyap dan mengharap Du Jun  akan berkawan dengannya.

Tiba2 Ji Eun merasakan dirinya dipandang.
“Du Jun?” bisik hati kecil nya.
Pada masa yang sama, Du Jun berjalan menghampiri Ji Eun.
“Hai. Nama awak Ji Eun kan??” kata Du Jun secara tiba2.

Ji Eun terkejut lalu berkata “Emm, ha’ah. Tapi mana awak tau?”
“Betul ke Du Jun tengah berdiri depan aku ni? Dia tau nama aku? Waahhh !! “ jerit hati Ji eun.
“Oh.. Jadi ni lah dia orang yang Jun Hyung suka tu. Boleh tahan heheh” sambung Du Jun.
“Hah? Jun Hyung??” Ji Eun kehairanan..

“Du Jun !! Kau buat apa ni?! “ tiba2 suara itu kedengaran .
Seorang lelaki sedang berlari ke arah Du Jun.
Jun Hyung ialah kawan baik Du Jun. Perwatakan mereka sangat berbeza. Ramai pelajar membuat kesimpulan bahawa Jun Hyung seorang pelajar yang bermasalah dan tak ada perasaan.

“Du Jun. Jom kita pergi sekarang..” kata Jun Hyung.
“Eh. Tapi aku baru nak berkenalan dengan orang yang kau dah admire lama ni.. hehehe”
 Ji Eun terdiam. Tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Dia masih lagi tidak faham..
“Urmm, maafkan saya. Saya pergi dulu ye? “ kata Ji Eun sambil mula melangkah kaki nya.

“Nanti2 !! Ji Eun.. Jun Hyung suka kan awak. Dia nak awak jadi girlfriend dia !!” kata Du Jun terus.
“Kau ni kenapa ?!” marah Jun Hyung.
“Dia ni pemalu, dah lama dia nak cakap kat awak tapi tak kesampaian..ni saya cakap kan.. hehe” sambung Du Jun lagi tanpa menghiraukan Jun Hyung.

Ji Eun terus melangkahkan kaki nya tanpa memandang ke belakang dan tidak memberikan apa2 respon.

“Eh..dia tak peduli. Maksudnya dia reject kau ke?” tanya Du Jun.
Jun Hyung memerhatikan Ji Eun yang semakin menghilang dari pandangannya. Hilang saja Ji Eun dari pandangannya  dia terus merenung Du Jun dengan pandangan yang marah lalu membelitkan tangannya ke leher Du Jun.
“Kau lah ni !! Kan dia dah bencikan aku !!” marah Jun Hyung.
“Wooo..sory2.. lepaskan tangan kau dulu..mati aku nanti tak ada ganti tau. Nak buat camne, memang pelajar sekolah ni takut kat kau haha” gurau Du Jun.

No comments:

Post a Comment